Login Public Search
|
eFloraCyntok

eFloraCyntok

Digital botanical repository for herbal plant documentation, conservation, and reference.

Misai Kucing

Orthosiphon aristatus
Family Lamiaceae
Category Common
Misai Kucing
Location
Zon A
Status
Active
Useful Parts
Keseluruhan pokok
Origin
China, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Philippines, Thailand, Vietnam, Tropical Asia
Misai Kucing (Orthosiphon aristatus) berasal dari Asia Tenggara dan beberapa kawasan tropika Asia seperti India dan China. Ia tumbuh liar di hutan sekunder, tanah lapang, dan kawasan berbukit yang mempunyai kelembapan sederhana. Pokok ini lebih sesuai di tanah subur dengan saliran baik serta mendapat cahaya matahari penuh atau separa teduh, menjadikannya popular sebagai tanaman herba di kebun rumah dan ladang herba.
Misai Kucing ialah pokok renek herba yang tumbuh setinggi 0.5 hingga 1.5 meter. Batangnya lembut dan berwarna hijau keunguan dengan cabang yang tumbuh tegak. Daunnya berbentuk lonjong dengan tepi bergerigi halus dan berwarna hijau tua. Bunganya berbentuk unik dengan kelopak berwarna ungu muda atau putih, dilengkapi stamen panjang yang menyerupai misai kucing. Pokok ini mempunyai bau herba yang ringan, terutama pada daunnya. Buahnya kecil dan berbentuk kapsul kering yang mengandungi biji halus. Ia boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan batang dan memerlukan kelembapan sederhana untuk pertumbuhan yang baik, sering ditanam sebagai tanaman ubatan kerana khasiatnya dalam perubatan tradisional.
Part Application
Keseluruhan pokok Direbus dan diminum untuk mengubati penyakit batu karang, gaut, kencing manis, sengal otot dan sendi, demam kuning, melancarkan buang air kecil, melancarkan aliran darah, mencuci toksik dalam darah dan memelihara buah pinggangdari toksin.
Reference Source Year Status DOI/URL
National Parks Board National Parks Board Singapore 2026 active -
Plants of the World Online Plants of the World Online 2026 active -
Back to Search