Login Public Search
|
eFloraCyntok

eFloraCyntok

Digital botanical repository for herbal plant documentation, conservation, and reference.

Kunyit

Curcuma longa
Family Zingiberaceae
Category Common
Kunyit
Location
Zon A
Status
Active
Useful Parts
Daun, Rizom,
Origin
China, Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Thailand, Vietnam
Kunyit (Curcuma longa) ialah tumbuhan herba yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Ia biasanya tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai kelembapan tinggi, seperti hutan hujan, ladang pertanian, dan tanah berpaya. Pokok ini memerlukan tanah yang subur, bersaliran baik, serta menerima cahaya matahari separa untuk pertumbuhan optimum.
Kunyit ialah tumbuhan herba renek yang boleh mencapai ketinggian hingga 1 meter. Batangnya terdiri daripada pelepah daun berwarna hijau terang. Daunnya berbentuk bujur panjang, permukaannya licin, dan berwarna hijau.

Bunganya berwarna kuning pucat atau ungu muda dan tumbuh di pangkal pokok. Rizomnya, iaitu batang bawah tanah, tebal, berwarna oren kekuningan, dan mempunyai bau yang kuat serta unik. Kunyit biasanya dibiakkan melalui rizom dan memerlukan tanah yang subur serta kelembapan mencukupi untuk pertumbuhan yang baik.
Part Application
Daun Digunakan sebagai pembalut ikan atau daging yang dibakar.
Daun Digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang dan gulai.
general Bertindak sebagai anti-bakteri, antiseptik, antiviral dan antikulat untuk menyembuhkan luka dan membantu sistem imunisasi.
general Mengawal berat badan, mencegah alzheimer, memperbaiki sistem penghadaman dan mengatasi kemurungan.
general Merawat kanser, arthritis, diabetes, mengurangkan kolestrol, meningkatkan kadar imunisasi.
Rizom Digunakan dalam masakan seperti ikan singgang.
Reference Source Year Status DOI/URL
MyBIS Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) 2026 active -
National Parks Board National Parks Board Singapore 2026 active -
Plants of the World Online Plants of the World Online 2026 active -
Back to Search